Consentino Dekton; Menjunjung Seni & Ketukangan
Membentangkan dua koleksi kemasan permukaan Dekton baharu, COSENTINO memegang ilham yang terlahir dari impian. Langsung dicitrakan bersentuh sama gabungan seni serta ketukangan yang unggul.
Foto COSENTINO DEKTON
Cosentino Group, peneraju global dalam pengeluaran dan pengedaran kemasan permukaan batu dan jubin yang inovatif lagi mampan mempersembahkan dua koleksi baharunya yakni Dekton® Onirika dan Kraftizen. Dibentangkan ultrakompak hasil inovatifnya, Cosentino dan penjana lapangan reka bentuk dalaman antarabangsa, Nina Magon bersatu dalam mencipta Dekton® Onrika yang unik. Manakala, Dekton® Kraftizen pula tampil menggabungkan kraftangan dan teknologi dengan sempurna.
Diinspirasikan oleh corak marmar dan rincian kehidupan yang mengasyikkan, siri terbaru Dekton® Onirika menemukan titik sempadan antara impian dan realiti. Tampil dalam lapan pilihan warna yang daring; Awake, Lucid, Somnia, Neural, Trance, Vigil, Daze dan Morpheus mewakili etos buat kedua-dua jenama ini. Lantas, memegang teguh aspek kemampanan, inovasi penerokaan berdaya tinggi serta keanggunan abadi. Onirika adalah satu koleksi yang menyatukan keindahan puitis dan keunikan batu-batu dimanfaatkan oleh teknologi Dekton®.
Cosentino menafsirkan semula kepelbagaian, keindahan dan kejujuran ketukangan melalui permukaan Dekton® yang inovatif dan neutral karbon. Menyediakan rintangan dan ketahanan yang terkemuka dalam industri, ini adalah bahan stuko format besar pertama seumpamanya yang boleh dilayangkan oleh pereka dalaman dan arkitek untuk setiap aplikasi dalaman dan luaran.
Demikian, kehadiran Dekton® Kraftizen baharu menawarkan satu siri terdiri dari lima warna yang versatil dengan rincian tekstur yang unik. Umber, Nacre, Argentium Micron dan Albarium membiaskan corak hiasan stuko Venetian. Di mana warna-warna ini berakar umbi dalam minimalisme, membawa ketenangan ke dalam mana-mana ruang rumah serta di bahagian luarnya melalui pelapisan, lantai atau fasad.
Himpunan Dekton® Kraftizen merupakan satu cabaran yang mengagumkan dalam mentafsir semula ketukangan yang disempurnakan selama berabad-abad menggunakan teknologi kraftangan digital. Setiap strok kulir dari masa lalu dipindahkan ke permukaan kanvas yang diperbuat daripada berjuta-juta piksel, menjadikannya sebahagian daripada imej dan tafsiran semula tanpa berpunya tarikh luput.
Pautan Berkaitan: Mesti Baca: 3 Risalah Mewah Assouline Menjunjung Kearifan Artisan