Club Med Kiroro Peak Bersalji Paling Mulus

Club Med Kiroro Peak Buat Sang Adventure Seekers

Terletak di utara Hokkaido, Club Med Kiroro Peak adalah syurga baharu buat pecinta sukan ski yang mahukan salji paling mulus!

Club Med Kiroro Peak adalah Club Med yang terbaru dibuka dengan kebesaran 2.1 hektar. Keunikan yang dimiliki oleh pusat peranginan ini adalah dimana ia menerima purata salji tahunan sedalam 21 meter sehingga bulan Mei. Selain itu, lokasi ini adalah satu-satunya pusat peranginan yang dibuka ketika musim bunga di Asia.

Ruang utama yang memadukan seni reka moden dan mempunyai nilai budaya Jepun yang bermain dengan cita rasa gaya bersih

Semangat yang dimiliki oleh pusat peranginan salji ini cukup luar biasa dengan adanya pasukan antarabangsa. Pekerja di sini datangnya lebih daripada 110 kewarganegaraan lantas mewujudkan komuniti global. Namun, Club Med Kiroro Peak tidak lupa untuk menerapkan nilai budaya lokal Jepun sebagai asasnya.

Sukan ski lebih senang dengan adanya salji mulus hanya di Hokkaido

Berlatar belakang pergunungan salji putih, tetamu melangkah masuk ke ruang lobi utama disambut dengan seri rekaan kontemporari moden dimadu bersama jiwa klasik Jepun yang bercitra lebih bersih. Disuntik pula dengan nilai kemewahan yang dibawa oleh idea kreatif Studi HBA, menjadikan ia lebih bold! Setiap ruang direka dengan artis dan mempunyai nilai organik yang membuatkan tetamu berasa berada di rumah sendiri.

Club Med Kiroro Peak

23 kawasan bersukan ski buat semua di Club Med Kiroro Peak

Pusat peranginan bersalji paling mulus ini adalah lokasi terbaik buat sang adventure seekers! Selain mempunyai salji yang mulus dan purata sebanyak 21 meter, ia juga menerima salji selama 160 hari. Lantas, ia menawarkan kenikmatan sukan ski yang lebih mantap buat semua. Tidak kira yang baru berjinak mahu pun sudah lama berkecimpung dalam dunia sukan luncur ski, di sini ia terbuka buat semua dengan 23 tempat luncur yang disediakan.

Club Med Kiroro Peak

Otaru Coastal Town

Selain sukan luncur atau snowboarding, tetamu juga boleh memilih untuk membuat aktiviti lain. Ada snow trekking, yoga, permainan dart digital dan latihan kardio. Juga, melalui Club Med Kiroro Peak ada bermacam aktiviti luar yang boleh diselenggarakan oleh mereka. Seperti melawat Oratu Coastal Town yang terletak 40 minit dari lokasi.

See also
The Palette of Gestures : Ode to Nobu Omakase

Artikel Berkaitan: Di Mana Destinasi Percutian Pantai Paling Popular Di Kalangan Orang Malaysia?