Use your ← → (arrow) keys to browse
Penyanyi berusia 54 tahun itu kemudian mendedahkan dia didiagnos menghidap gangguan saraf yang jarang ditemui (satu dalam sejuta orang), dikenali sebagai stiff person syndrome atau sindrom orang kaku.
“Walaupun masih belajar tentang gangguan yang jarang berlaku ini, sekarang saya tahu inilah punca kekejangan yang saya alami selama ini.
“Malangnya ia menjejaskan setiap aspek kehidupan harian saya, kadangkala menyukarkan saya untuk berjalan dan menggunakan pita suara untuk menyanyi seperti biasa,” jelasnya penuh emosi.
Disebabkan keadaan ini, Celine terpaksa menunda konsert jelajah Eropah yang sepatutnya berlangsung pada Februari 2023. Dia turut membatalkan lapan persembahan yang dijadualkan pada musim panas 2023 dan menunda persembahan musim bunga 2023 hingga 2024.