Use your ← → (arrow) keys to browse
Persengketaan antara bekas suami isteri, Brad Pitt dan Angelina Jolie nampaknya belum berkesudahan.
Baru-baru ini Brad Pitt kembali menjadi perhatian apabila dilaporkan melakukan serangan fizikal terhadap dua anaknya ketika mereka sekeluarga menaiki pesawat peribadi dari Perancis ke Los Angeles pada 14 September 2016.
Dalam satu saman yang difailkan oleh Angelina Jolie, aktor berusia 59 tahun itu didakwa mencekik salah seorang anaknya dan memukul seorang lagi di muka ketika pertengkaran mereka.