Boss House Bali Caturan Gaya Hidup Tenang Buat Jet-Setter - Glam Malaysia

Boss House Bali Caturan Gaya Hidup Tenang Buat Jet-Setter

Boss House Bali yang direka oleh Alexis Dornier menjanjikan pengalaman kembara mewah yang cukup tenang di pulau dewata terkenal, Bali.

Sebuah vila indah yang baharu dibina oleh Alexis Dornier digubah mewah menjadi destinasi bagi meraikan himpunan musim panas Boss 2024. Kediaman yang diberikan namanya, Boss House Bali adalah satu inisiatif gaya hidup Hugo Boss Experience yang diberikan kepada tastemakers sekitar rantau dan kemudiannya bakal dibuka kepada umum bermula 16 Jun 2024. Vila yang terletak di daerah Canggu ini memaparkan seni bina gabungan kontemporari dan tradisional Bali.

boss house bali

Vila terbina dengan menggunakan material tradisional menyamai dengan rumah lokal sekitar pulau dewata. Ia mempunyai enam bilik besar yang mempunyai pemandangan daerah kampung yang cukup aman. Vila Boss House Bali yang terletak di kawasan yang lebih senyap, jauh daripada hiruk-pikuk kawasan pelancong yang padat. Lantas membuatkan pengalaman kembara ke vila ini lebih tenang. Namun, bagi memberi kegirangan, Dornier telah mereka satu gelungsur air yang tersergam daripada tingkat atas hingga menuju ke kolam renang.

See also
Park Shin Hye Berkongsi Berita Kehamilan Dan Tarikh Perkahwinan

boss house bali

Vila ini nyata membawa semangat #BeYourOwnBOSS kerana bukan sahaja kediamannya tampak mewah, namun perincian diberikan fokus yang tinggi. Melangkah masuk ke vila ini, ada himpunan minyak wangi mewah Boss The Collection Perfume. Maka keluar masuk akan membawa memori Boss. Kamarnya pula dilengkapi dengan cermin mata, tuala mandi, alas tilam dan alat menulis berjenama kan Boss. Boss House Bali juga menyediakan ruangan bersukan dan aktiviti sihat seperti yoga buat mereka yang mahukan gaya hidup sihat. Turut tersedia pengalaman kulinari mewah yang terinspirasi daripada siri wangian mewah ini.

Artikel Berkaitan: BOSS Bottled Parfum Untuk Personaliti Berani