Blue Ivy Carter Menang Anugerah Musik Video Grammy
Grammy 2021 menyaksikan anak perempuan Beyoncé dan Jay-Z, Blue Ivy Carter memenangi anugerah pertamanya untuk Video Muzik Terbaik untuk “Brown Skin Girl”.
Blue Ivy memenangi anugerah Grammy pertamanya pada 14 Mac, dalam kategori Video Muzik Terbaik untuk video “Brown Skin Girl” oleh penyanyi dan juga ibunya sendiri, Beyoncé. Kemenangan Blue Ivy yang berusia sembilan tahun telah menjadikannya sebagai pemenang kedua termuda dalam sejarah anugerah Grammy, selain daripada Leah Peasall yang menang pada usia 8 tahun pada 2001.
Disebalik kemenangan ini, Blue Ivy pada asalnya tidak dinamakan sebagai calon anugerah Grammy 2021 ketika Recording Academy mengumumkan pencalonan Grammy 2021 pada bulan November tahun lalu, walaupun dia dikreditkan sebagai artis unggulan di dalam trek muzik video berkenaan. Namun, namanya tiba-tiba sahaja dicalonkan pada bulan Disember setelah diadili secara adil.
Anak perempuan Beyoncé sebelum ini juga pernah memenangi Anugerah Imej NAACP, Anugerah BET Her dan dua Anugerah Muzik Muzik Soul untuk “Brown Skin Girl” yang pada awalnya dilancarkan sebagai sebahagian daripada soundtrack untuk filem The Lion King pada tahun 2019 dan kemudian dimasukkan ke dalam filem Beyoncé, Black Is King yang merupakan filem musikal Amerika dan album visual 2020 yang diarahkan, ditulis, dan eksekutif dihasilkan oleh penyanyi Amerika Beyoncé.
Walaupun Beyoncé adalah artis yang paling banyak dicalonkan pada tahun ini, namun Beyoncé memilih untuk tidak naik ke pentas untuk membuat persembahan. Harvey Mason Jr, yang merupakan presiden sementara Recording Academy mengatakan ia adalah satu kerugian yang besar buat Beyonce dan Recording Academy kerana Beyoncé merupakan artis yang relevan dan terkenal dengan seninya tersendiri.
Disebalik percalonan nama Blue Ivy, juga terdapat kritikan terhadap Grammy 2021 kerana anugerah berprestij itu mengkorup The Weeknd pada tahun ini daripada tercalon dalam anugerah Grammy berkenaan, walaupun kejayaan album After Hours dan single “Blinding Lights” menggunguli carta Billboard selama 4 minggu berturut-turut. Hal ini membuatkan The Weeknd meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap Grammy di Twitter pada bulan November lalu.
Artikel Berkaitan, Tanda Sokongan Beyonce Buat Meghan Markle.