Belum setahun menjalin cinta, tular berita yang mengatakan perhubungan Phoebe Dynevor dan teman lelakinya, Pete Davidson telah berakhir.
Alasannya? Phoebe dan Pete terlalu sibuk dengan jadual kerjaya masing-masing sehingga tiada masa untuk berjumpa satu sama lain.
Pasangan ini menjalani percintaan jarak jauh – Phoebe sedang menjalani penggambaran Bridgerton musim kedua di United Kingdom manakala Pete pula menetap di New York.