Use your ← → (arrow) keys to browse
Kita sering mendengar selebriti Hollywood berbelanja besar untuk memiliki kediaman sendiri, namun ia bukan hanya berlaku di Barat.
Di Bollywood, ramai selebriti melaburkan jumlah wang yang banyak pada hartanah antaranya Shah Rukh Khan yang membelanjakan sehingga RM7.4 juta untuk membeli kediaman enam tingkat idamannya, Mannat di Mumbai lebih dua dekad lalu. Ia kini dianggarkan bernilai lebih RM111 juta.
Begitu juga dengan pasangan terkenal, Ajay Devgan dan Kajol yang memiliki salah satu kediaman paling mewah di Mumbai. Rumah agam yang diberi nama The Shakti itu dikelilingi kehijauan dan kini dilaporkan bernilai RM33 juta.
Walau ramai selebriti sanggup berbelanja besar untuk tujuan ini, sesetengah daripada mereka memilih untuk hidup menyewa atas sebab tertentu.
Glam senaraikan beberapa bintang terkenal Bollywood yang sanggup berhabis wang yang banyak untuk menyewa tempat tinggal.