Use your ← → (arrow) keys to browse
Remy dan Ezza selamat disatukan Sabtu lalu dalam majlis akad nikah yang dilangsungkan secara tertutup di Masjid Negara, Kuala Lumpur dengan sekali lafaz.
Menerusi satu sidang media maya yang berlangsung sehari sebelum majlis, Remy mendedahkan mengapa dia memilih pemilik jenama sepatu 2morrow itu sebagai suri hati.
“Saya perlukan seseorang yang memahami diri saya, bukan sahaja sebagai Remy Ishak tetapi juga Mohammad Zalimei Ishak. Dia berjaya menarik saya ke bawah untuk berpijak di bumi yang nyata.
“Kami melalui proses mengenali bersama-sama. Dari tahun ke tahun peribadinya berubah, karakternya semakin matang. Dia menyokong peribadi saya. Jatuh bangun saya selama ini dia sentiasa ada,” katanya.