Use your ← → (arrow) keys to browse
Bersempena Hari Ibu hujung minggu ini, kirimkan bingkisan hadiah istimewa kepada ibu anda sebagai tanda menghargai pengorbanan mereka. Happy Mother’s Day!
Sambutan Hari Ibu tahun ini pastinya berbeza. Dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan bermula minggu ini, tidak bermakna sambutan kali ini perlu dibatalkan. Berikut adalah 10 hadiah yang boleh anda berikan sebagai menghargai pengorbanan ibu anda sehingga hari ini:
1. Saint Laurent
Wanita dan beg tangan tidak boleh dipisahkan. Ia adalah aksesori fesyen yang wajib ada dalam setiap gerobok wanita sepanjang hari. Bersempena dengan sambutan Hari Ibu, Saint Laurent menampilkan seleksi beg tangan kulit yang cukup elegan buat wanita yang mahukan gaya penuh sofistikasi. Koleksi ini boleh didapati di butik Saint Laurent di Pavilion KL dan juga KLCC.