Best Matcha Dessert di Lembah Klang Berbaloi Cuba Sekarang
best matcha dessert di Lembah Klang

5 Best Matcha Dessert Di Lembah Klang Buat Anda Ketagih

Sukar nak tolak bila sebut tentang best matcha dessert, lebih-lebih lagi bila anda berada di sekitar Lembah Klang yang penuh dengan pilihan menarik. Matcha bukan sekadar trend, namun sudah menjadi rasa yang cukup ikonik dalam dunia pencuci mulut hari ini. Rasa pahitnya yang halus digabung dengan tekstur manis dan berkrim mencipta keseimbangan rasa yang memikat.

Ramai yang mula tertarik dengan matcha kerana manfaat kesihatannya, tetapi terus jatuh cinta kerana kreativiti penyediaan pencuci mulut berasaskannya. Kini, teh hijau Jepun itu hadir dalam pelbagai bentuk dari kek, aiskrim hinggalah ke ais serut yang lembut seperti salji. Lebih menarik, banyak kafe tempatan kini tampil dengan interpretasi unik mereka tersendiri.

Jika anda masih tercari-cari port terbaik untuk hilangkan ‘craving’ manisan matcha, GLAM senaraikan lima lokasi best matcha dessert yang wajib singgah. Awas selepas cuba sekali, anda mungkin akan datang lagi!

Best matcha dessert di sekitar Lembah Klang

1. Aftermeal, Damansara Uptown

Tidak lengkap senarai best matcha dessert kalau iak sebut Aftermeal. Terkenal dengan pencuci mulut gaya Taiwan, menu wajib cuba di sini ialah Ceremonial Matcha Fluffy Snow Ice. Tekstur aisnya halus bak salji, disertai kacang merah, mochi dan krim matcha pekat. Manisnya juga tidak berlebihan, cukup untuk buat anda rasa tenang selepas makan berat.

See also
Benarkah Teh Hijau Mampu Mengawal Berat Badan?

Lokasi: 52, Jalan SS 21/58, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Buka setiap hari (1 petang – 12 tengah malam)

2. Niko Neko Matcha 3.0, Bukit Damansara – best matcha dessert jenis aiskrim

Outlet terbaru Niko Neko memperkenalkan dessert baharu: Strawberry Matcha dalam siri Uncommon Matcha Fusion. Gabungan matcha premium dengan perasa strawberry asli menghasilkan rasa matcha yang kuat, dipadankan dengan kelembutan buah dan sedikit kemanisan. Ia menjanjikan pengalaman unik yang lebih segar daripada Matcha Burnt Cheesecake tradisional mereka. Bagi peminat teh hijau sejati, ini adalah definisi “matcha heaven“.

Lokasi: 33-2 & 35-2, Jalan Medan Setia 1, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Selasa sehingga Ahad (12 tengah hari hingga 6 petang)

Telefon:  019-298 0351

3. ONO Specialty Coffee & Matcha

Satu daripada kedai unik yang menyatukan kopi serta matcha. Di sini, pencuci mulut matcha bukan sahaja datang dalam bentuk minuman seperti Ajisai Iced Matcha Latte yang sangat popular tetapi juga penciptaan istimewa seperti Hojicha Ogura Sando, sandwich manisan dengan krim hojicha dan pasta kacang merah Jepun dalam roti shokupan lembut. Kombinasi tekstur memberi rasa unik yang sukar dilepaskan.

See also
Selebriti Bollywood lontar Reaksi, Kareena Kapoor Mohon Diberi Ruang

Lokasi: 47, Jalan SS 2/30, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Buka setiap hari (10.30 pagi – 6.00 petang)

4.The Tokyo Restaurant, Lot 10 – Best matcha dessert jenis burntcheesecake

Dikenali dengan cheesecake yang ‘viral’, The Tokyo Restaurant turut menampilkan Matcha Cheesecake yang cukup memikat. Kek ini mempunyai lapisan keju yang gebu dan berlemak, diseimbangkan dengan rasa matcha yang mendalam dan tidak terlalu manis. Disajikan dengan krim segar di sisi, dessert ini bukan sahaja sedap dimakan, ia juga sangat fotogenik dan sesuai untuk Instagram anda.

Lokasi: Level 4 LOT 10 SHOPPING CENTER, 50, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Buka setiap hari (11.00 pagi – 11.00 malam)

5. Oh Cha Matcha 1 Utama – Best matcha dessert jenis Soft Serve

Bagi yang menjaga kesihatan tetapi tetap inginkan kemanisan, Oh Cha Matcha jawab dilema anda. Matcha Soft Serve mereka bebas tenusu dan gula putih, namun rasa dan teksturnya tetap ‘on point’. Pilihan topping seperti granola, buah beri dan biji chia menjadikan ia bukan sekadar sedap tapi juga berkhasiat.

See also
Kenali Model & Aktor Tampan Berdarah Kacukan, Charles Melton

Lokasi: City Centre, Lot LGK9, 1 Utama Shopping Centre, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor


Matcha bukan lagi pilihan niche. Ia sudah jadi fenomena global yang mencuri hati ramai terutamanya di sekitar Lembah Klang yang kini dipenuhi dengan pilihan best matcha dessert yang kreatif dan memuaskan. Sama ada anda baru mula kenal dunia matcha, atau sudah pun jadi peminat setia, lokasi yang GLAM senaraikan ini akan menjadikan hari anda lebih bermakna. Jangan terkejut kalau anda sanggup ulang datang hanya untuk suapan terakhir yang penuh kenangan.

Artikel berkaitan: Tiramisu Sedap & Terbaik di Lembah Klang

Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran dalam penulisan editorial dan strategi SEO, Farhana menerajui kandungan semasa dan gaya hidup.