Use your ← → (arrow) keys to browse
Lima tahun menjalin cinta, Syafiq Kyle dan Mimi Lana mengambil langkah pertama untuk menghalalkan hubungan mereka dengan upacara merisik.
Walaupun pasangan merpati dua sejoli itu sekadar berkongsi mesej samar di Instagram masing-masing, Iman Tang yang merupakan pengurus Mimi Lana mengesahkan khabar gembira itu kepada Harian Metro.
“Hari ini (21 Januari) cuma acara merisik sahaja di mana keluarga pihak lelaki merisik pihak perempuan seperti yang dikongsikan di Instagram Mimi dan Syafiq,” katanya.
Bagaimanapun dia tidak dapat berkongsi butiran lanjut kerana tidak berkesempatan menghadiri majlis tersebut.