Kasih sayang terhadap Sarah turut tersebar hingga ke tanah suci Mekah. Semalam tular satu video yang menunjukkan solat jenazah ghaib didirikan oleh Imam Besar Masjidil Haram bersama 300 jemaah lain buat penyanyi ini.
Betapa bertuahnya diri insan yang bergelar Siti Sarah Raisuddin, dimuliakan setelah pemergiannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.