Use your ← → (arrow) keys to browse
Kematian penyanyi popular, Allahyarhamah Siti Sarah akibat Covid-19 pada 9 Ogos lalu membuatkan rakyat Malaysia berduka.
Sarah dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz pada 4 Ogos lalu setelah paras oksigennya merosot ke tahap membimbangkan.
Hamil tujuh bulan, dia terpaksa ditidurkan untuk menjalani pembedahan caesarean bagi mengeluarkan bayi dan menyelamatkan nyawa ibu.
Walau bayi lelakinya yang diberi nama Ayash Affan selamat, Allah lebih menyayangi Sarah. Jenazahnya selamat dikebumi pada hari sama berhampiran kubur ibunya di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak atas permintaan penyanyi itu sendiri.