Berita Gembira, Hailey Bieber Kini Hamil 6 Bulan - Glam Malaysia

Berita Gembira, Hailey Bieber Kini Hamil 6 Bulan

Selepas 5 tahun melangsungkan perkahwinan, Hailey Bieber kini berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata pertama bersama Justin Bieber. 

Masih ingatkan lagi dengan perkahwinan penuh eksklusif di antara Justin juga Hailey Bieber yang berlangsung di Montage Palmetto Bluff di South Carolina. Dihadiri oleh teman terdekat seperti Kendall Jenner, Kylie Jenner, Jaden Smith dan Joan Smalls. Masih segar di ingatan pada ketika itu. Hari ini, satu dunia dikejutkan dengan foto muat naik Hailey Bieber dan Justin yang menampilkan wanita ini sedang hamil.

Hailey Bieber

Menyarung persalinan indah veil dan gaun renda Saint Laurent by Anthiny Vaccarello, beberapa kepingan foto ekstra dimuat naik oleh Justin yang menampakkan pasangan ini turut memperbaharui ikrar perkahwinan mereka serta beberapa foto penuh romantik. Tidak ketinggalan, ramai teman-teman selebriti turut berkongsi rasa gembira dengan meninggalkan ucapan di ruangan komen pada akaun milik pasangan ini. Antara selebriti yang berkongsi ucapan adalah Kim Kardashian, Bella Hadid, Khloe Kardashian, Sofia Richie, Kylie Jenner juga Kendall Jenner.

See also
Hailee Steinfeld: I Am Not Dating Justin Bieber

Hailey Bieber

Hailey Bieber

Hailey Bieber

Hailey Bieber

Hailey Bieber

Hailey Bieber

Kronologi Perkenalan Hailey Bieber dan Justin Bieber

  1. Hailey Baldwin bertemu dengan Justin Bieber pada tahun 2009. Ketika itu, kedua-duanya masih lagi melalui usia remaja dan pertemuan itu dikatakan agak canggung.
  2. Tahun demi tahun berlalu, pasangan ini dilihat mula rapat terutama sekali di dalam hubungan. Mereka dikatakan turut dilihat berkongsi ciuman tahun baru pada tahun 2016.
  3. Justin kemudiannya melamar Hailey pada Julai 2018 selepas hubungan cinta yang dijalinnya bersama Selena Gomez selama dua tahun berakhir dengan duka.
  4. Selepas pertunangan yang dilangsungkan begitu cepat, pasangan ini mengambil langkah untuk berkahwin di mahkamah New York City pada hanya dua bulan kemudian.
  5. Pada bulan September 2019, mereka mengadakan resepsi perkahwinan kedua di South Carolina.
  6. Pada 9 Mei 2024, Justin dan Hailey berkongsi video dan gambar upacara pembaruan ikrar mereka di Instagram serta mengumumkan bahawa mereka sedang mengharapkan anak pertama

Namun yang pasti, satu dunia ternyata gembira serta tidak ketinggalan meninggalkan ucapan positif buat pasangan ini. Selepas ini, pastinya kita semua bakal tertunggu-tunggu serta menantikan pula jantina bayi yang bakal dikongsikan pasangan ini!