Bentuk Gaya Peribadi Dengan Samsung Galaxy Z Flip4
Gaya seseorang itu adalah cukup peribadi dan subjektif. Bina gaya diri bersama tip dari GLAM bersama Samsung Galaxy Z Flip4.
Seseorang itu ingin membentuk stailnya yang tersendiri bukanlah sesuatu yang boleh diajar ataupun dibentuk oleh orang lain. Namun, GLAM boleh kongsikan serba-sedikit tip untuk anda cedok sebagai inspirasi.
Kini kita didedahkan dengan pelbagai medium sosial seperti Instagram, TikTok, YouTube dan pelbagai lagi. Daripada sini, kita juga ditemukan dengan barisan pempengaruh digital berbeza bidang baik fesyen, kecantikan atau juga gaya hidup. Jika ada pempengaruh yang diminati, pasti terus diri menekan butang ikut yang tersedia di akaun sosial mereka. Segalanya mudah, semuanya sekadar di hujung jari.
Namun, gaya peribadi sebenarnya lebih daripada itu. Ia bergantung kepada bagaimana cara kita mengekspresikan diri. Melalui itu, diri akan menjadi lebih selesa dalam apa jua yang disarung. Bak kata Pengarang fesyen GLAM, Johan Kassim, kenali identiti diri, teliti apa yang disukai dan apa yang tidak disukai. Barulah apabila menyarung sesuatu itu, diri akan terasa lebih yakin dan selesa.
Menurut Pengarah Kreatif GLAM, Aizat Aidid, sekali-sekala luangkan masa untuk mengemas kini gerobok baju kamu. Menerusi itu, anda akan lebih tahu gaya mana yang sudah lapuk atau tidak lagi sesuai dengan personaliti diri kamu.
Always go to your closet and declutter it every year!
Ini Tiga Tip GLAM untuk Anda Bentuk Gaya Peribadi
1- Cipta mood board fesyen!
Pergi sahaja ke Pinterest dan bina board di sana. Di aplikasi tersebut, anda boleh melihat begitu banyak inspirasi gambar-gambar daripada fesyen, kecantikan, reka bentuk dalaman rumah hinggalah ke quotes membina diri. Bina mengikut estetika diri dan Setiap kali ingin membeli-belah, jadikan mood board ini sebagai rujukan.
2- Cuba keluar daripada zon biasa kala bergaya
Bergaya seharusnya menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Walaupun di kala mencari stail peribadi, anda perlu bereksperimen dengan fesyen baharu, jangan jadikan ia sebagai satu tekanan kepada diri anda. Tidak semua yang anda sarung harus nampak sempurna pada mata orang lain yang memandang. Jika anda selesa sekadar bergaya mengenakan kargo skirt bersama kemeja, apa salahnya?
3- Fahami bentuk tubuh anda
Di kala bergaya, pada masa yang sama, anda harus fahami juga bentuk tubuh badan anda. Bukan hendak kata, tubuh badan yang mempengaruh gaya anda. Namun, ia sedikit-sebanyak membantu memperlihatkan busana yang disarung tampak cantik pada tubuh yang disarung.
Ekspresi Diri Dengan Samsung Galaxy Z Flip4
Yang menariknya tentang Samsung Galaxy Z Flip4 ini adalah pada perisiannya yang dipanggil sebagai One UI 5 di mana ia membantu memudahkan aktiviti harian anda tatkala menggunakan telefon pintar ini. Anda boleh membina dan menyesuaikan (customize) telefon pintar ini mengikut kesukaan anda. Sebagai contoh, pada skrin kunci Samsung Galaxy Z Flip4 ini, anda boleh mengubah kedudukan butang aplikasi telefon serta ubah latar belakang kegemaran anda.
Seperti mana anda mengekspresikan diri melalui gaya fesyen anda, begitu juga pada telefon pintar ini. Anda boleh memilih pelbagai jenis latar yang mengikut kegemaran untuk dijadikan sebagai dinding latar kepada skrin kunci telefon anda ini. Sama ada latar yang berbentuk gambar atau latar warna gradian, semua seleksi tema Galaxy ini ada pada Samsung Galaxy Z Flip4 ini. Jika inginkan sesuatu yang lebih berdinamik, gunakan latar jenis video pada skrin kunci anda itu. Ternyata lain daripada yang lain!
Bercakap tentang kameranya, kualiti yang dimiliki Samsung Galaxy Z Flip4 adalah yang terbaik. Selain bentuknya yang boleh dilipat, memudahkan anda untuk mengambil gambar tanpa bantuan tripod, ia turut memiliki konfigurasi dwi-kamera 12MP manakala kamera swafoto di bahagian depan bersaiz 10MP. Tambahan lagi, ia memiliki cip Snapdragon 8+ Gen 1 (4nm) langsung menjadikan setiap hasil tangkapan gambar tampil memuaskan.
Pautan Berkaitan: Padu Solekan Pilihan GLAM bersama Samsung Galaxy Z Flip4 Anda