Use your ← → (arrow) keys to browse
Mereka turut memuji cara Bella memperkenalkan buah hati terbaharunya kepada dunia – foto kabur pasangan itu sedang bercumbu yang dimuat naik di hujung galeri.
Kebahagiannya yang jelas kelihatan dalam foto tersebut membuatkan peminat menarik nafas lega memandangkan beberapa hantarannya sebelum ini menunjukkan tanda-tanda depresi.
Perhubungan baru ini nampaknya telah membawa positiviti dalam hidupnya. Pada foto tersebut, dia menulis kapsyen, “Time of my life.”
Pasangan itu turut dirakam meluangkan masa berlibur di atas bot di Perancis dua hari lalu, selepas supermodel itu tampil menghangatkan karpet merah Festival Filem Cannes dengan gayanya yang cukup memukau.