Use your ← → (arrow) keys to browse
Walaupun kereta baharu dilihat sebagai simbol kerja keras dan kejayaan pasangan itu, pengguna Twitter melihatnya dari sudut berbeza.
Beberapa pengguna mengkritik pilihan kereta dan pembelian itu secara keseluruhan. Malah ada yang berpendapat mereka sepatutnya membelanjakan duit sebanyak itu untuk kerja-kerja amal, bukannya pembelian mewah.
Walaupun rata-rata respons yang diterima adalah negatif, beberapa peminat mendedahkan fakta bahawa pasangan itu cukup kaya untuk menderma dan membeli sesuatu yang diingini pada masa yang sama.
Beyonce sebelum ini sering menjadi tajuk berita kerana tidak lokek menghulur sumbangan buat mereka yang memerlukan menerusi yayasan miliknya, BeyGOOD Foundation.