Use your ← → (arrow) keys to browse
Cameron Diaz
Bintang The Sweetest Thing ini mendedahkan pada 2017 mengapa dia menunggu sehingga usia 41 tahun untuk menamatkan zaman bujang. “Saya rasa alasannya kerana saya belum bertemu calon suami yang sesuai. Saya mempunyai beberapa teman lelaki sebelum ini. Terdapat perbezaan besar antara suami dan teman lelaki,” katanya. Cameron bergelar isteri kepada pemain gitar Good Charlotte, Benji Madden pada 2015 dan mereka menimang cahaya mata perempuan, Raddix pada 2020.