Use your ← → (arrow) keys to browse
Bintang The Queen’s Gambit, Anya Taylor-Joy telah memenangi hati berjuta penonton Netflix atau lebih tepat lagi 60 juta isi rumah pada bulan pertama tayangan siri tersebut menerusi watak Beth Harmon.
Dengan lakonannya yang cukup berkesan, Taylor-Joy berjaya menggenggam trofi Golden Globe dan beberapa anugerah lain baru-baru ini untuk peranannya sebagai pemain catur berbakat besar.
Namun demi menjayakan karakter Beth, dia perlu menjayakan beberapa babak penuh emosi seperti yang didedahkannya menerusi wawancara bersama Netflix.
Filem yang diadaptasi daripada novel hasil karya Walter Tevis ini berkisar tentang Beth, seorang yatim piatu yang menerokai dan menemui bakat terpendam dalam permainan catur pada tahun 1960.
Dengan tekad untuk menjadi Grandmaster, Beth berada di jalan yang tepat menuju kemasyhuran dan pengiktirafan antarabangsa, namun malangnya dia bergelut dengan ketagihan dan kesunyian.
“Babak yang paling sukar dijayakan adalah kepulangan Beth ke Henry Clay High School,” kata pelakon Split itu.