Profil: Ayyman Rahim, Ridduan TTFGA & Hadri Hashim
Model

Profil: Ayyman Rahim, Ridduan TTFGA & Hadri Hashim

Arus perniagaan dunia peragaan semakin meningkat. Selain urusan arus bisnes semakin lancar, model-model di bawah mereka juga terlatih dan menyenangkan pihak klien. Siapa mereka disebalik kerjaya seorang model? GLAM berbicara panjang bersama Ayyman Rahim, Ridduan TTFGA dan Hadri Hashim.

pengarah kreatf AIZAT AIDID pengarah seni AMIRUL ARIFIN gambar BIBO ASWAN solekan EZAD IBRAHIM dandanan MIEDY DANIAL

Ayyman Rahim – The Models Lab KL

“What’s next for me?” Itulah soalan berlegar difikirannya setelah dua tahun di Andrews Models, yang juga pengurus acara KL Fashion Week. Dia mula melangkah ke dunia penataan gaya pula. Graduan Pengurusan Acara fakulti Business Management, mahukan kerjaya yang mampu memberikan jaminan.

Ayyman Rahim, pengasas The Models Lab KL mempunyai minat mendalam terhadap dunia fesyen. Kerjayanya membuka ruang untuk dia mengenali model-model tempatan. Malah, dia menjadi pemerhati setia.

“Saya mengenali ramai model tempatan dan melihat senario di dalam industri model Malaysia. Ini membuatkan saya mahu mencuba membuka agensi modeling yang khusus mengendalikan model lokal sahaja.”

Model di Malaysia masih ketinggalan hendak dibandingkan kerjaya modeling di Negara jiran contohnya Indonesia. Model di Malaysia melobi diri sendiri, membuat rundingan, menghantar invois dan mengejar bayaran sendiri. Sedangkan model di Indonesia, 90 peratus di antara mereka diwakili agensi yang melakukan semua tugas-tugas tersebut.

Menurut Ayyman, model sepatutnya hanya kerja memperaga. Mereka patut menyerahkan tugas-tugas pengurusan dilakukan oleh pihak agensi. Entah mengapa, budaya modeling di Malaysia berbeza. Ada segelintir yang enggan berkongsi pendapatan mereka.

“Saya bersyukur ketika menyuarakan hasrat membuka agensi modeling, sokongan padu diberikan daripada top model seperti Tuti Noor, Rita Suraya, Shikin Gomez, Rita Nadira, Natasha Noor dan Dayah B. Mereka nampak “kenapa tidak” industri modeling Malaysia digerakkan oleh agensi. Walaupun mereka berada di atas sebagai model tetapi mereka sudi bernaung di bawah The Models Lab KL,” ujar Ayyman lagi.

Pada tahun seterusnya, agensi di sertai nama besar Nia Atasha dan Natalie Prabha. Yang membuatkan dia kini sedar, perniagaan dijalankannya itu adalah serius. Menjadi tanggungjawab Ayyman untuk menjadi wakil mereka jadi dia perlu bekerja keras.

See also
It's The Year Of The Rat!

 Hadri Hashim

Peluang keemasan muncul apabila Ayyman bekerjasama dengan Adwin Saputra, pemilik Wynn Models Indonesia, sebuah agensi model nombor satu di Indonesia. Persetujuan bisnes dua hala dilakukan apabila mereka membuat pertukaran model dan memasarkan mereka di Malaysia dan Indonesia. Model tersohor Indonesia seperti Reti Ragil, Ayu Fa, Advina Ratnaningsi dan Michelle Tahalea mampu ditempah menerusi The Models Lab KL. Begitu juga sebaliknya.

Perniagaan mula mengorak langkah lebih jauh. Seiring dengan majunya agensi, tugasan model juga lebih berat. Model bukan lagi sekadar hanya berwajah cantik dan bertubuh lampai, tetapi juga sebuah kerjaya yang sebenar.

“Selain itu, misi seterus saya adalah mengubah persepsi banyak jenama dan pereka feysen yang masih taksub kepada model Caucasian. Saya percaya #ourlocalmodelscan.”

Dia mahu memperkasakan model lokal di dalam fesyen industri. Lantas dia mengharapkan ada badan-badan kerajaan yang mengawal kebanjiran model luar masuk ke Malaysia. Adalah canggung sekali melihat kempen fesyen berbusana Melayu dihiasi model barat yang sepatutnya dimonopoli orang “wajah kita”.

Model tempatan pula perlu membuktikan mereka professional. Ada model baru yang diwakili agensinya sangat berbakat tetapi ada juga model yang  masih memerlukan bimbingan yang lebih. Bantuan latihan diberikan untuk mereka memahirkan diri.

Ayyman percaya kualiti model yang miliknya ada kelainan daripada agensi lain. Ada di antara mereka sesuai dengan rupa komersial, streetwear dan high end. Justeru mereka juga perlu berpijak di bumi nyata bahawa Malaysia bukanlah London/ Paris yang mengangkat model terlalu unik. Segalanya perlu seimbang. Tidak guna “terpaling model” tapi tiada bakat sebagai model.

“Bukan saya yang mempunyai kata putus atau menapis model yang hendak di hantar kepada klien. Selalunya saya akan menghantar semua model yang ada kepada klien kerana bagi saya semua model layak mendapat peluang sama rata. Terpulang bakat masing-masing untuk menambat hati klien.”

Ayyman bekerja sendiri tetapi bijak mengawal jadual kerja model-model di bawah agensinya. Mereka hanya perlu mengemaskini keberadaan mereka agar mudah dia menetapkan siapa ketika itu berada di ibu kota untuk bertemu klien. Paling penting masing-masing perlu berdisiplin.

Nah, sebenarnya bukan mudah untuk menjadi seorang pengurus yang mengendalikan agensi modeling. Telah terbukti bidang ini juga adalah kerjaya serius yang tidak  boleh dipandang enteng. Kita tidak boleh bekerja sendiri malah perlu diwakili pihak pengurusan adalah kerjaya lebih berjalan lancar.

See also
Punca Sebenar Perceraian Brad Pitt-Angelina Jolie Terbongkar Selepas Tiga Tahun

 

Ridduan Ttfga & Hadri Hashim, Topboi Citizen

 Hadri Hashim

Siapa tidak kenal Ridduan TTFGA Ismail. Asalnya seorang jurugambar (Tukang Tangkap Foto Gembira Anda) dan begitulah gelaran TTFGA bermula. Kemudian Ridduan menjadi pempengaruh dan kini pemilik bersama Topboi Citizen. Hadri Hashim pula memulakan kerjaya model setelah Ridduan bertemunya di Changkat Bukit Bintang pada 2016. Gaya tersendiri Hadri jadi perhatian lensa Ridduan.

Minat sama di dunia fesyen membuatkan kreativiti mereka berkembang luar biasa. Menurut Hadri, pada ketika itu model di bawah mereka hampir 100 orang dan dia nampak perniagaan ini boleh pergi lebih jauh. Lalu dia mula menyakinkan Ridduan untuk mereka membuka sebuah agensi model dan lebih serius dengan perniagaan ini.

“Hari ini, Topboi Citizen adalah jentera perniagaan kami. Dunia agensi model, iaitu membentuk dan menguruskan model kini menjadi kerjaya kami. Kelainan Topboi Citizen dari agensi lain adalah apabila kami juga penganjur acara fesyen. Kami bekerjasama dengan pereka fesyen tempatan setiap tahun untuk pentaskan model-model di bawah kami,” terang Hadri Hashim.

Ekonomi Malaysia yang tidak menentu telah mendorong dua anak muda ini untuk meluaskan jelajah kerjaya mereka. Ruang kerjaya berkaitan fesyen banyak, jadi mereka memanfaatkannya.

“Selain itu, kami turut menjadi agensi kepada jurugambar, juruvideo dan mekap artis juga. Kami juga berkapasiti mampu melakukan acara pembukaan kedai dan pelancaran produk klien,” sambung Hadri Hashim lagi.

Model di bawah Topboi Citizen bukan sekadar rupa tetapi punya bakat tersendiri juga. Ada yang sedia berlakon, pengarah, pemuzik dan art curator.

Menurut Ridduan pula, minat di dunia fesyen editorial dan kempen pengiklanan telah membuka ruang mereka menggerak Topboi Series. Mereka sering mencari model dengan memerhati gaya jalanan. Lama-kelamaan Topboi jadi berkembang kesiri-siri seterusnya.

“Syukur, jalannya mudah. Tiada cabaran besar kami depani. Sepanjang menguruskan agensi, kami lalui dengan penuh gembira. Seiring waktu, Topboi Citizen berkembang dan pengikut kami sangat organik. Mungkin kerana itu, kami masih bertahan,” ujar Ridduan.

 Hadri Hashim

Selama ini model bergerak sendiri. Industri modeling terlalu kecil, jadi tiada wakil menguruskan mereka. Topboi Citizen ditubuhkan dengan misi mahu menjadi platfom model berbakat Malaysia. Visi utama mereka pula mahu agensi mereka dikenali di peringkat antarabangsa. Menjadi carian tertinggi di Asia Tenggara.

See also
Kenali Lady Margarita Armstrong-Jones, The Next It Girl

“Standard kecantikan di Malaysia juga berubah. Wajah lokal yang berbilang kaum mula mendapat tempat. Papan iklan dan majalah mula memilih model tempatan. Kami berharap klien datang kepada kami untuk mencari wajah seumpamanya,” ujar Ridduan lagi.

Mereka sentiasa mencari model yang berperilaku baik dan memahami misi dan visi Topboi Citizen. Selain berperwatakan menarik dan unik mereka juga perlu ada sifat merendah diri dan menghormati orang. Hubungan dengan klien perlu dipelihara dengan baik. Sudah semestinya sebagai pengasas, mereka berharap model-model kelolaan mereka dapat mencapai kejayaan lebih besar diperingkat antarabangsa. Mereka berbangga dengan Ridzman Zidaine yang kini membuka persembahan Louis Vuitton Men’s Pre-Fall 2024 di Hong Kong. Ridzman berusia 19 tahun ketika bersama Topboi Citizen.

“Kami mahu mencipta lebih ramai model berpotensi untuk dibawa keperingkat antarabangsa.”

Model Topboi Citizen juga dilatih bagaimana mahu membawa diri dikhalayak ramai. Mereka dibawa bersosial, menghadiri acara-acara fesyen di ibu kota. Sebagai pihak pengurusan, komunikasi penting. Ada perjumpaan dianjurkan. Mereka pula berkongsi pengalaman masing-masing. Rujukan juga diberikan sekiranya model ada tempahan. Ilmu penting untuk mereka lebih bersedia melakukan kerja modeling.

Bagi Riduan, dia lebih cerewet memilih model. Mereka perlu ada bukan sekadar rupa paras tetapi juga karakter. Ramai yang menghubungi kami menerusi e-mel. Sekiranya berpotensi, mereka tidak kisah untuk memberi peluang. Tidak ada standard tertentu. Ketinggian adalah satu bonus tetapi karaktor juga penting.

Perlahan-lahan Topboi Citizen merancang untuk melangkah lebih jauh. Tempoh sepuluh tahun mendatang, diharap mereka mampu pergi lebih jauh lagi. Impian mereka adalah memiliki sebuah boutique agency antarabangsa seperti Paris dan Milan.

“Begitupun, kami terlebih dahulu mahu mencari bakat-bakat baru di luar Kuala Lumpur termasuk Borneo. Masih ramai wajah-wajah yang luar biasa tidak ditemui lagi. Setelah itu barulah Topboi Citizen berani melangkah seterusnya mencapai impian kami,” ujar Hadri menutup bual bicara petang itu.