Ayda Jebat Hamil Cahaya Mata Kedua
Lebih setahun dikurnia puteri sulung, kehidupan Nabil Mahir dan Ayda Jebat bakal diserikan dengan kehadiran zuriat kedua tidak lama lagi.
Pasangan itu mendedahkan kejutan tersebut sewaktu hadir di sidang media drama bersiri Bukan Cinta Sempurna di Pavilion Kuala Lumpur. Sewaktu memberi ucapan, Ayda Jebat memanggil suaminya ke atas pentas untuk mengumumkan khabar gembira itu bersama hadirin.
“Kami sudah bekerjsama, dan berpeluh-peluh mencuba, untuk mendapatkan anak kedua. Alhamdulillah. Usia kandungan kini memasuki lima bulan,” kata Nabil Mahir. Menurut pasangan itu, cahaya mata kedua mereka bakal dilahirkan pada awal bulan Disember.
Di Instagram, Ayda Jebat turut berkongsi berita gembira itu bersama 5.4 juta pengikutnya. Video yang dimuat naik menunjukkan aktres berusia 31 tahun itu memberi kejutan kepada ahli keluarganya termasuk Nabil Mahir pada sambutan Aidilfitri lalu. “Alhamdulillah dengan kerjasama kami bersama dan izin Allah, we’re almost 5 months pregnant. Video dirakam pada pagi Syawal pertama. Minta semua doakan Ayda dan kandungan sentiasa sihat. Terima kasih dan sayang semua,” tulisnya.
Cahaya Mata Pertama Nabil Mahir & Ayda Jebat
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021. Selepas hampir empat bulan bergelar suami isteri, Ayda Jebat mengesahkan dirinya sedang hamil anak sulung. Tanggal 21 September 2021, puteri mereka yang diberi nama Ana Nayla dilahirkan ke dunia, seminggu lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin.
“Ana Nayla binti Ahmad Nabil @ananaylaofficial. Assalamualaikum uncles and aunties! Sepatutnya keluar hari ini tapi tak sabar nak jumpa uncle aunty! Doakan Ana Nayla supaya sentiasa selamat, disayangi dan menjadi anak yang baik ya,” tulisnya.
Menurut bintang Pinjamkan Hatiku itu, dia dan suami mendapat inspirasi nama indah ini daripada kedua-dua ‘syurga’ mereka. Ana merupakan nama ibu Ayda Jebat (Rohana) dan ibu Nabil Mahir (Diana) di mana kedua-duanya berakhir dengan Ana, manakala Nayla pula membawa maksud ‘yang berjaya’.
Foto: Instagram
Baca: Hamil Anak Kedua, Che Puan Juliana Evans Luah Rasa Teruja