Ashley Olsen Selamat Melahirkan Anak Sulung Bernama Otto

Ashley Olsen Selamat Melahirkan Anak Pertama

Ashley Olsen kini seorang ibu! Pereka fesyen jenama luxe, The Row dan pelakon kanak-kanak ini selamat melahirkan anak pertamanya baru-baru ini.

Mogul fesyen berusia 37 tahun ini bersama suaminya Louis Eisner menyambut kehadiran cahaya mata baru mereka, anak lelaki bernama Otto beberapa bulan lepas di New York.

Namun begitu, tiada informasi tambahan tentang kelahiran anak mereka bahkan pasangan ini kekal diam tentang hubungan mereka.

Ashley Olsen Selamat Melahirkan Anak Sulung Bernama Otto

Perkahwinan Ashley Olsen dengan Louise Eisner

Ashley dan Louis berkahwin pada Disember 2022 di sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan teman-teman rapat. Pasangan ini juga dikatakan bercinta sejak Oktober 2017 namun enggan mendedahkan informasi tentang hubungan mereka dan lebih gemar kekal low profile.

Mereka jarang sekali bergambar bersama namun mereka membuat debut karpet merah buat kali pertama pada September 2021 hanya selepas empat tahun bersama. Ashley dan Louis dikatakan mula mengenali satu sama lain selepas diperkenalkan oleh teman-teman sekolah lama mereka dan berkawan selama lima tahun sebelum mula bercinta.

See also
Kenapa Kanye West Membatalkan Yeezy Season 6 Untuk NYFW?

Ashley Olsen bersama adik kembarnya Mary-Kate Olsen menempa nama dalam industri lakonan apabila mereka mula berlakon sejak bayi dalam drama sitkom Full House. Namun begitu, mereka mengambil keputusan untuk bersara dalam lakonan dan fokus kepada industri fesyen dengan melancarkan label luxe, The Row pada tahun 2006.

Jenama mewah ini terkenal dengan produk berkualiti tinggi dalam siluet clean dan moden termasuk pakaian, tas tangan, sepatu serta aksesori.

Louis pula merupakan seorang artis yang membesar di California. Ibunya Lisa Eisner ialah seorang jurugambar fesyen dan pereka barang kemas manakala bapanya Eric Eisner, mogul filem dan muzik, peguam hiburan dan philanthropist.

Artikel berkaitan: Elizabeth Olsen Menerangkan Mengapa Mary-Kate dan Ashley Sangat Berahsia