Saat Menghampiri Perayaan Akhir Tahun Ini, Louis Vuitton Memaparkan Kempen Art of Living Baharu Berlatarkan Bandar Gurun Ikonik Amerika
Kempen Art de Vivre visual rakaman Matthieu Salvaing & Philippe Lacombe untuk Louis Vuitton.
Bersentuhan nada liburan Palm Springs, California yang cool; Louis Vuitton mempersembahkan himpunan Art de Vivre yang menterjemahkan erti seni kehidupan sebenar! Louis Vuitton menghimpunkan ceraian pakaian, objek dekorasi mewah dinamai Objets Nomades, aksesori permainan, jam tangan serta barang kemas sebagai pemberian hadiah sempurna buat insan tercinta.
Rakaman visual baharu ini tampil bersahaja berpadukan seni bina ekspresionis Palm Springs sebagai tanda penghargaan buat jurugambar serta artis hebat yang telah terinspirasi dari lokasi unik ini.