Louis Vuitton Meraikan Seni di Art Basel Miami 2022
Louis Vuitton Meraikan Seni di Art Basel Miami 2022

Louis Vuitton Meraikan Seni di Art Basel Miami 2022

Awal Disember lalu, Louis Vuitton mempamerkan karya terpilih oleh kumpulan artis terkenal di dunia yang dikonstruksikan sebagai sebahagian daripada pameran Louis Vuitton Art Basel Miami 2022.

Louis Vuitton Art Basel Miami Meneruskan Komitmen Menyanjung Seni Teragung

Mempamerkan karya eksklusif termasuk 2 patung lilin Yayoi Kusama, yang dicipta oleh artis itu sendiri, arca patung panda oleh Takashi Murakami pada trunk LV vintaj. Louis Vuitton turut memperlihatkan lukisan kreasi Richard Prince dan Alex Katz, foto oleh Jean Larivière, dan koleksi Artycapucines ikoniknya.

Himpunan Artycapucines olahan Amélie Bertrand.

Dengan mengambil bahagian dalam edisi ulang tahun ke-20 Art Basel Miami Beach, Maison ini mengesahkan hubungannya yang rapat lagi komited terhadap lapangan seni.

Party Trunk objek seni terkini kreasi Yayoi Kusama.

Mulaya kembara seni ini hampir seabad lalu saat Gaston-Louis Vuitton yang merupakan cucu pengasas Maison menugaskan artis untuk bekerjasama dalam mengolahkan iklan dan mereka botol minyak wangi.

Beg ikonik Speedy menerima gubahan seni Yayoi Kusama pada tahun 2012.

Sejak 1988, Louis Vuitton berusaha meneruskan legasi ini dengan bekerjasama bersama beberapa nama terbesar dalam seni dan reka bentuk moden. Termasuknya Sol LeWitt, James Rosenquist, César, dan Olafur Eliasson lantas mengatur pameran oleh artis seperti Sophie Calle, Dan Flavin, Steve MC Queen, Katharina Grosse atau Ernesto Neto dalam galeri butiknya.

Arca patung panda kreasi Takashi Murakami pada trunk LV vintaj.

Demikian, berlanjut pada 2014, di mana Maison ini membuka mercu tanda Fondation Louis Vuitton rekaan Frank Gehry di Paris. Usaha ini mengesahkan misi berterusannya dalam membentangkan karya seni moden dan kontemporari yang teragung buat para pemujanya di serata dunia.

See also
Van Gogh & Da Vinci Mengambil Alih Louis Vuitton

Pautan Berkaitan: Pameran Christian Dior: Designer of Dreams Kini Berlabuh Di Jepun