Use your ← → (arrow) keys to browse
Ariana Grande mengesahkan dia bakal menjadi salah seorang juri untuk program realiti terbitan NBC, The Voice Musim Ke-21.
Dan sudah tentu, penyertaan Grande bermakna salah seorang juri harus meninggalkan kerusi berputar The Voice. Dia bakal menggantikan Nick Jonas untuk duduk sebaris dengan Blake Shelton, John Legend dan Kelly Clarkson.
Penyanyi Dangerous Woman itu dilihat tidak mampu menyembunyikan keterujaan ketika mengumumkan berita tersebut di Twitter.
“Kejutan! Saya sangat teruja, berbesar hati dan gembira dapat menyertai Kelly Clarkson, John Legend dan Blake Shelton untuk musim terbaharu The Voice. Kami akan merindui anda Nick Jonas,” tulisnya.