Body Shaming Belum Berakhir, Kali Ini Ariana Grande Bersuara! - Glam Malaysia

Body Shaming Belum Berakhir, Kali Ini Ariana Grande Bersuara!

Baru-baru ini, terlihat penyanyi pop antarabangsa, Ariana Grande, tampil memuat naik video di TikTok miliknya untuk menyuarakan tentang isu body shaming yang dihadapi dia baru-baru ini.

Isu body shaming ini ternyata bukan baharu, ia sudah bermula lamanya semenjak dahulu lagi. Namun, beberapa tahun yang lepas, banyak kempen kesedaran berkaitan isu ini telah dilancarkan. Akan tetapi, apabila kita melihat Ariana Grande yang selama ini senyap kini tampil melontarkan suara dan pendapatnya, ternyata body shaming masih berleluasa di kalangan masyarakat hari ini.

Body shaming atau teguran yang dilakukan secara sengaja secara terbuka hingga mengguris hati si pemangsa ini sering sahaja dilihat berlaku di media sosial. Ariana Grande yang baru-baru ini dilihat sedikit berbeza menerusi penampilannya di konsert Jeff Goldblum di London, membuatkan sebilangan netizen terus mengkritik dan membuat persepsi tersendiri pada penyanyi ini. Kerana terlalu banyak persepsi buruk, Ariana Grande tampil membuat video berdurasi 3 minit.

“Jadi lebih lembut dan jangan terlalu selesa mengulas tentang tubuh orang lain…”

@arianagrande

♬ original sound – arianagrande

Tambah Ariana lagi, ada pelbagai cara untuk kita memuji seseorang atau juga anda boleh abaikan sahaja jika ada sesuatu yang anda nampak dan tidak suka. “Saya rasa kita patut membantu antara satu sama lain dalam isu ini. Kita harus sama-sama memastikan antara satu sama lain rasa dan berada dalam keadaan selamat.”

Ariana Grande turut berpesan agar sentiasa beringat kita semua tidak tahu apakah yang sedang dialami oleh seseorang itu hingga boleh mengkritik tubuh badan mereka sebegitu. Di akhir pesanannya, dia turut berkongsi,

“Saya rasa anda semua cantik walaupun dalam apa jua yang sedang anda tempuhi sekarang. Tidak kiralah tentang berat tubuh, atau bagaimana anda menyolek wajah anda atau prosedur kosmetik apa anda telah jalani ataupun langsung tidak melakukan apa-apa.”

Bella Hadid tampil memberi sokongan kepada Ariana Grande

Ariana Grande

 

Ariana Grande

Kata-kata yang menyentuh hari daripada Bella Hadid ini dimuat naik sehari yang lalu. Antara bait kata-kata Bella yang menarik perhatian kami adalah bagaimana dia turut menasihati orang ramai di luar sana tentang media sosial hari ini,

“Instagram bukanlah realiti dan kita harus melihat dengan lebih mendalam dan senantiasa mengingati diri bahawa setiap daripada kita ini hanyalah manusia biasa yang cuba menjalani hari-harinya dengan baik. Jadi, jika selepas ini ada yang ingin bercakap buruk tentang orang lain kepada anda, jauhkan diri anda daripada perbualan seperti ini. It’s so much cooler to be kind.”

 

Pautan berkaitan: Ariana Grande Sah Bergelar Isteri Dalam Satu Majlis Intim