Use your ← → (arrow) keys to browse
Pertengahan Julai lalu timbul desas desus mengenai keretakan rumah tangga mereka selepas beberapa ruangan forum di internet melaporkan Mizz Nina bercuti tanpa kehadiran Noh di sisi. Kedua-duanya juga dikatakan jarang dilihat bersama kebelakangan ini.
Menjawab spekulasi tersebut, Noh menegaskan bahawa isu yang hangat diperkatakan di media sosial itu hakikatnya tidak benar. “Tiada komen. Ini semua tipu. Good luck. Apa yang boleh saya katakan adalah ia berita palsu,” jawabnya ringkas.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 dan memperkenalkan anak angkat, Musa sebagai penyeri rumah tangga mereka pada April lalu.