“Apa Yang Kami Perlukan Adalah Doa Anda” - Mizz Nina & Noh Salleh - Page 2 of 3 - Glam Malaysia
“Apa Yang Kami Perlukan Adalah Doa Anda” - Mizz Nina & Noh Salleh

“Apa Yang Kami Perlukan Adalah Doa Anda” – Mizz Nina & Noh Salleh

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pasangan selebriti pujaan ramai itu menambah, perancangan Allah melebihi segala-galanya dan mereka mengharapkan doa peminat untuk menjalani kehidupan mendatang.

“Kita hanya merancang tetapi perancangan Allah jauh lebih hebat. Tolong doakan kami terutama dalam tempoh edah ini. Kami amat menghargai jika semua pihak dapat menghormati privasi kami.

“Sebagaimana yang disebut dalam Surah Al Hujurat ayat 12, usah membuat sebarang spekulasi atau menyebar tuduhan palsu mengenai kami bagi mengelakkan fitnah. Apa yang kami perlukan adalah doa anda.”

Menurut laporan, pasangan itu sah bercerai talak satu pada 4 Ogos di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur selepas menfailkan perceraian pada 14 Jun lalu.