Use your ← → (arrow) keys to browse
Spekulasi keretakan rumah tangga Mizz Nina dan Noh Salleh terjawab apabila mereka mengumumkan perceraian selepas 11 tahun hidup bersama.
Mizz Nina dan Noh berkongsi khabar duka itu menerusi satu kenyataan bersama yang dimuat naik di akaun Instagram masing-masing semalam.
“Setelah berfikir panjang dan mempertimbangkan banyak perkara, kami sepakat untuk membawa haluan masig-masing. Alhamdulillah, kami bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang menjalani 11 tahun terindah dengan segala suka, duka dan ujian.
“Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penyokong yang telah banyak memberi kasih sayang kepada kami selama bertahun-tahun. Usah bimbang, kami kekal berkawan dan mendoakan yang terbaik buat satu sama lain.”