Use your ← → (arrow) keys to browse
Menerusi hantaran yang sama, Mizz Nina turut berkongsi perjuangan mereka selama bertahun-tahun untuk memperoleh zuriat sendiri yang masih belum menjadi kenyataan sehingga kini.
“Kami telah melalui satu perjalanan yang panjang untuk sampai ke sini dengan rawatan IUI, IVF dan pembedahan selama bertahun-tahun. Kini Allah menganugerahkan kami seorang bayi comel melalui cara lain dan segalanya telah ditakdirkan.
“Jika Allah menghendakinya untuk anda, tiada apa yang mampu menghalangnya daripada sampai kepada anda dan hanya Dia mengetahui bilakah waktu tepat untuk segalanya. Semua ujian dan pergelutan ada hikmahnya.”