Use your ← → (arrow) keys to browse
Sekalung tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Noh Salleh dan Mizz Nina yang menyambut kehadiran cahaya mata sulung mereka selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.
Khabar gembira itu dikongsi Mizz Nina menerusi satu hantaran menyentuh hati di Instagram malam tadi. Menurutnya, bayi lelaki yang diberi nama Musa itu merupakan anak angkat dan sudah tiga bulan menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.
“2+1=3. Noh, Nina dan Musa. Alhamdulillah, sudah tiga bulan kehadiran Musa dan kami amat bersyukur kepada Allah atas rahmat indah serta doa yang dimakbulkan-Nya. Saya boleh mengatakan dengan yakin bahawa dia kini adalah mahram saya,” tulisnya.