Use your ← → (arrow) keys to browse
“Apa yang klien saya mahukan adalah perbicaraan yang adil berdasarkan fakta, tanpa memberi sebarang keistimewaan kepada mana-mana pihak,” kata peguam bintang Maleficent itu, Samantha Bley DeJean.
“Satu-satunya cara untuk memastikan proses ini mendapat kepercayaan litigan adalah dengan menunjukkan ketelusan tanpa unsur berat sebelah.”
Bekas pasangan suami isteri itu berkongsi enam cahaya mata iaitu Maddox, Pax, Zahara, Shiloh, Knox, dan Vivienne Jolie-Pitt. Buat masa ini, mereka tinggal bersama Jolie manakala Pitt pula diberi kebenaran untuk melawat.