Use your ← → (arrow) keys to browse
Setelah lima tahun, proses perceraian Angelina Jolie dan Brad Pitt masih lagi belum menemui titik noktah.
Dan kini, Angelina dilihat lebih terbuka membincangkan isu rumah tangganya selama dua tahun dengan pelakon Ad Astra itu.
Menerusi satu wawancara bersama The Guardian, dia berbicara mengenai tuduhan penderaan domestik terhadap Brad dan bagaimana perhubungan mereka mendorongnya menjadi aktivis hak kanak-kanak.
Kala berkongsi mengapa dia menulis dan menerbitkan buku terbaharu berjudul Know Your Rights, Angelina mendedahkan dia telah banyak kali berhadapan dengan kes pelanggaran hak asasi manusia terhadap kanak-kanak.