Use your ← → (arrow) keys to browse
Industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita perceraian pasangan selebriti terkenal, Mizz Nina dan Noh Salleh selepas 11 tahun berumah tangga.
Kini selepas tiga minggu berdepan saat sukar dalam hidup, Mizz Nina dilihat telah pun menyibukkan diri dengan aktiviti harian termasuk menjayakan program keagamaan dan kemanusiaan.
Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang menyaksikan penyanyi dan aktivis kemanusiaan itu menahan sebak dan menitiskan air mata ketika memberi ceramah mengenai hikmah penceraian.