Use your ← → (arrow) keys to browse
Lelaki lebih suka jual mahal? Ini antara sebab kenapa mereka jadi begitu.
Wanita mungkin akan lebih bersifat terbuka jika dirinya suka pada seseorang. Bahkan dia akan menunjukkan bahawa dirinya adalah pilihan yang terbaik. Lain pula bagi lelaki. Mereka ini dikatakan lebih suka menyimpan perasaan serta kelihatan sedikit sombong ketika didekati wanita. Sering mengendahkan seseorang yang menyukai dirinya walaupun usaha yang terbaik pernah diberikan oleh seseorang wanita. Jadi, apakah alasan lelaki suka jual mahal?
1. Belum bersedia untuk mendekati wanita
Ada lelaki yang ternyata belum bersedia untuk jalinkan suatu hubungan yang serius. Maka dia lebih selesa untuk hidup bebas tanpa memiliki pasangan berbanding menjalinkan hubungan semata untuk mempermainkan hati wanita. Jadi, sebab itu lelaki memilih untuk kelihatan sedikit ‘sombong’ dan jual mahal terhadap anda. Bagi dirinya, dia masih belum bersedia untuk menambah sebrang komitmen lain selain daripada dirinya serta keluarga.