Use your ← → (arrow) keys to browse
Pasangan itu bertemu pada 2011 dan membuat keputusan berkahwin secara rahsia pada 2018.
Hanya selepas beberapa bulan, mereka membuat keputusan untuk berpisah dan Adele menfailkan perceraian setahun kemudian. Mereka memiliki seorang cahaya mata, Angelo Adkins yang kini berusia 10 tahun.
Tahun lalu, Adele menjelaskan punca perceraian mereka bukanlah atas dasar perhubungan yang bermasalah mahupun kehadiran orang ketiga.
“Kami tidak menyakiti satu sama lain, atau melakukan perkara seperti itu. Saya hanya mahu Angelo melihat diri saya disayangi dan menyayangi. Ia sangat penting buat saya,” ujarnya.
Adele kini menjalin hubungan dengan ejen sukan bertaraf jutawan, Rich Paul sejak 2021.