Use your ← → (arrow) keys to browse
Tiga tahun hidup solo, Adele akhirnya terbuka bercakap mengenai penderitaan yang dialaminya selepas bercerai.
Sewaktu membuat persembahan di Las Vegas, Adele mendedahan kepada penonton bahawa dia menjalani lima terapi setiap hari selepas mengakhiri perkahwinannya dengan usahawan badan kebajikan, Simon Konecki.
“Saya memulakan sesi terapi sekali lagi kerana sudah beberapa tahun saya tidak menjalaninya. Saya perlu bermula. Sebelum ini sewaktu melalui perceraian, saya menjalani lima terapi dalam sehari,” katanya.