Use your ← → (arrow) keys to browse
Melinda French Gates dan Bill Gates yang bergelar suami isteri selama hampir tiga dekad mengumumkan perceraian mereka pada Mei 2021 sebelum ia dimuktamadkan pada Ogos tahun sama.
Walaupun telah bercerai, kedua-duanya terus bekerjasama menguruskan Bill & Melinda Gates Foundation dan baru-baru ini dirakam menghadiri acara Goalkeeper 2022 anjuran yayasan mereka.
Bagaimanapun, perceraian dengan individu kelima terkaya di dunia itu bukanlah sesuatu yang mudah buat Melinda, seperti yang didedahkannya dalam satu temu bual bersama Fortune.
“Ada beberapa sebab mengapa saya tidak boleh lagi bertahan dalam perkahwinan itu. Tetapi apa yang mengejutkan tentang Covid adalah ia memberi saya privasi untuk melakukan apa yang perlu saya lakukan. Ia amat menyakitkan, dalam pelbagai cara, tetapi saya mempunyai privasi untuk melalui saat sukar itu,” katanya.