A$AP Rocky Dedah Pertemuan Kali Pertama & Jatuh Cinta Dengan Rihanna
Penyanyi rap A$AP Rocky membuat pendedahan bahawa dia sudah lama dapat merasakan Rihanna adalah wanita idamannya selama ini.
A$AP Rocky dan Rihanna terkenal dengan gaya fesyen mereka yang bold dan maximalist, tetapi apabila berkongsi tentang hubungan dan kehidupan peribadi mereka, kedua-duanya memilih untuk berdiam diri. Bagaimanapun, menerusi temubual bersama W Magazine, Rocky berkongsi tentang kehidupan sebagai seorang bapa, momen dia jatuh cinta kepada Rihanna dan personaliti berbeza dua anak lelaki mereka.
Pasangan ini pertama kali bertemu pada tahun 2012 dan kekal menjadi kawan selama bertahun-tahun sebelum hubungan mereka menjadi romantis semasa pandemik COVID-19. Menurut Rocky, dia sudah tertarik dengan penyanyi lagu Umbrella itu sejak awal pertemuan mereka.
Bertentangan mata di sebuah kelab malam
“It’s a lot of history between us…I was kicked out of this nightclub. They wasn’t giving me no access to it. This is when I’m just starting out, so nobody knows me. I was with two fashion designers. I was getting into it with the bouncers, and she (Rihanna) came out. We just locked eyes. She didn’t even know us, but she was like, ‘Yo! Why y’all not letting him in? What’s wrong with you?! Let that man in!’,” ujar Rocky.
Meskipun ada tarikan di antara mereka berdua, pasangan ini tidak terus menjalin hubungan. Malah, pada tahun 2017, Rihanna mula bercinta dengan ahli perniagaan Arab Saudi, Hassan Jameel. Namun, mereka berpisah pada tahun 2020, tahun di mana Rihanna kembali berhubung dan menjalinkan hubungan dengan Rocky.
“I knew from when we were younger. We both did, I think. So it was only right when we got older. We just kind of reconnected,” katanya lagi.
Pasangan ini tidak secara rasmi berkahwin, tetapi mereka sudah membina sebuah keluarga. Pada Mei 2022, mereka menyambut kelahiran anak pertama mereka iaitu RZA Athelston Mayers, dan setahun kemudian pada Ogos 2023, Rihanna melahirkan anak kedua mereka yang diberi nama Riot Rose Mayers.
Personaliti dua anak lelaki yang berbeza
Dalam pada itu, Rocky menyifatkan personaliti kedua-dua anak lelakinya sangat berbeza di mana anak pertama lebih pendiam manakala anak kedua lebih suka bergaul seperti ibu mereka.
“I think RZA is going to keep to himself. He’s an introvert. Riot’s an extrovert. He’s just like his mom. RZA is more so like his dad, like me. And he’s my twin. He got his mom’s forehead, but he got everything else from me. I love my boy’s big forehead! I loved it on his mother,” jelas Rocky.
Artikel Berkaitan: 9 Momen Fesyen Terbaik Rihanna & ASAP Rocky