7 Tanda Red Flag Dalam Hubungan Cinta - Glam Malaysia
7 Tanda Red Flag Dalam Hubungan Cinta

7 Tanda Red Flag Dalam Hubungan Cinta

Saat bercinta semua indah! Mandi tak basah, tidur tak nyenyak. AWAS! Ketahui 7 tanda Red Flag sebelum anda pergi jauh dalam hubungan cinta.

Siapa yang tidak pernah melalui fasa bercinta? Daripada zaman cinta monyet, cinta mati dan segalanya tentang cinta. Cinta itu buta buat orang lalai dalam kehidupan harian. Ada juga hingga meletakkan keluarga tersayang ke tepi, hanya disebabkan cinta.

Lumrah kehidupan seorang lelaki dan perempuan bertemu bertentang mata, muncul bibit cinta pandang pertama. Di awal perkenalan, segalanya indah! Mandi tak basah, tidur tak lena. Bergayut telefon berjam-jam hingga telinga merahlah orang cakap. Tetapi disebalik keindahan itu, adakah anda semak kemungkinan RED FLAG yang bakal menghantui hidup anda?

7 tanda Red Flag dalam Hubungan Cinta

1. SILENT TREATMENT

Komunikasi yang baik dan open-minded merupakan perkara asas yang diperlukan dalam sesuatu hubungan. Jika berlaku pertengkaran atau konflik akan apa jua situasi dapat diselesaikan dengan baik dan tidak semakin rumit.  Namun, jika pasangan anda memiliki Red Flag, ia cenderung memberikan silent treatment sehingga masalah berlarutan lama, tidak ada solusi terbaik dan merebak ke masalah lain.

See also
Peter Dundas Meninggalkan Tugasan di Roberto Cavalli

2. SUKA BERKASAR

Kasar manja itu tidak mengapa! Tetapi harus berwaspada jika menunjukkan tanda kekerasan, baik secara bercakap atau perbuatan. Ia sering terjadi jika pasangan anda tidak boleh mengawal emosinya sehingga bertindak untuk memukul atau caci maki!

3. KAKI CONTROL!

Pasangan yang terlalu posesif selalu akan mengawal hubungan bahkan mengehadkan aktiviti harian yang anda jalani. Contohnya, jika kamu ingin berbuat sesuatu, pasti si dia akan melarang atau hanya boleh melakukan aktiviti bersama dengannya sahaja.

Tidak salah, untuk anda berkongsi segala tentang diri anda tetapi harusnya berpada-pada. Tanda Red Flag ketara apabila di mula meminta password handphone atau akaun media sosial. Jika kelamaan dibiarkan, ia akan mempengaruhi kehidupan anda.

4. BREADCRUMBING

Breadcrumbing adalah salah satu bentuk manipulasi untuk meraih perhatian seseorang. Hampir sama seperti ghosting tetapi breadcrumbing ini lebih kepada tindakan menipu dan memberi seseorang perhatian kecil hanya untuk mendapat daya tarik. Mereka tidak ingin komitmen dan hanya mempergunakan masa dan effort anda! Hati-hati Breadcrumbing di awal perkenalan seperti bertemu Prince Charming, hakikatnya ilusi semata!

See also
Quvenzhane Wallis Wajah Baru Armani Junior Spring/Summer 2015

5. TIDAK PERCAYA DAN MUDAH CEMBURU

Rasa tidak percaya dan mudah cemburu juga boleh menjadi tanda bahawa pasangan anda memiliki tanda Red Flag. Padahal, rasa cemburu itu normal, ada orang cakap cemburu tanda sayang. Tetapi, jika asyik cemburu tak bertempat atau dengan perkara kecil. Lama-kelamaan hubungan akan menjadi hambar!

6. PERNAH BERLAKU CURANG

Bila pasangan anda pernah memiliki sejarah berlaku curang pada hubungan sebelumnya. Seeloknya, anda berwaspada kerana ada kemungkinan ia berbuat hal yang sama sewaktu bersama anda. Ingat bukan mudah untuk seseorang itu berubah!

7. KAKI MANIPULASI

Tanda Red Flag dalam hubungan yang juga perlu anda hindari adalah pasangan yang memiliki tindakan manipulasi, salah satunya gaslighting. Mereka cenderung memutarbelikkan fakta sehingga membuatkan anda merasa bersalah, bahkan meragukan diri sendiri.

Artikel berkaitan 5 Tip Eratkan Hubungan Suami Isteri