Use your ← → (arrow) keys to browse
2. Beyonce Pecah Rekod Kemenangan Terbanyak
Foto: Getty Images
Pengaruh dan bakat milik wanita ini tidak boleh dipertikaikan lagi. Selepas memenangi empat lagi kategori untuk edisi kali ini, Beyonce kini telah memiliki 28 trofi Grammy secara keseluruhan. Ini meletakkan dia selaku wanita dan juga penyanyi (lelaki dan wanita) yang mempunyai kemenangan terbanyak. Dia kini berkongsi di tangga kedua bersama Quincy Jones, hanya Sir Georg Solti memiliki lebih banyak iaitu 31 buah trofi keseluruhan.