Use your ← → (arrow) keys to browse
Anita Wood
Elvis bertemu Anita Wood pada 1957 dan mereka digelar sebagai pasangan romantis selama beberapa tahun. Menurut USA Today, Anita amat rapat dengan keluarga penyanyi itu malah sanggup mengorbankan kerjayanya kerana mendiang mahu aktres itu sentiasa berada di sampingnya di Memphis.
Tambah penerbitan itu, Elvis meminta Anita menunggu kepulangannya sewaktu dia berkhidmat dalam ketenteraan di Jerman namun sekembalinya ke Memphis, hatinya berbelah bagi antara Anita dan Priscilla. Dia akhirnya membuat keputusan berpisah dengan Anita.