Use your ← → (arrow) keys to browse
Priscilla Presley
Elvis bertemu isterinya pada 1959 sewaktu berkhidmat sebagai tentera di Jerman ketika berusia 24 tahun manakala Priscilla pula 14 tahun. Walau dilihat sebagai pasangan pujaan Hollywood, kritikan mengenai perhubungan mereka menjadi buah mulut ramai setelah kematiannya.
Priscilla digelar sebagai ‘child bride’ kerana menjalin hubungan cinta dengan penyanyi itu ketika masih remaja. Namun dalam biopik Elvis and Me, dia mengakui mereka tidak melakukan hubungan ranjang sehinggalah bergelar suami isteri ketika dia berusia 21 tahun. Pasangan itu berkahwin pada 1967 dan dikurniakan Lisa Marie, satu-satunya cahaya mata mereka pada 1968.
Sejak kelahiran Marie, Priscilla berkata Elvis tidak lagi menyentuh dirinya kerana mendiang enggan melakukan hubungan seks dengan wanita yang telah melahirkan anak. Mereka berpisah pada 1972 dan bercerai setahun kemudian.