Nikmati Rasa Malaysia Asli di 6 Restoran Mewah Pilihan GLAM
Malaysia sentiasa dikenali sebagai destinasi gastronomi yang penuh warna dan rasa. Dari hidangan kampung yang membangkitkan nostalgia hingga olahan moden oleh chef ternama, restoran Malaysia terus menjadi nadi budaya dan gaya hidup kita. Setiap sajian bukan sekadar mengenyangkan, tetapi menghidupkan memori dan menghubungkan kita dengan warisan.
Di sekitar Lembah Klang, trend kulinari kini semakin berkembang dengan kemunculan restoran yang mengekalkan identiti masakan Malaysia sambil menawarkan pengalaman makan berkelas. Ia bukan hanya tempat menjamu selera, tetapi juga ruang sosial lengkap dengan suasana mewah, dekorasi bergaya dan sentuhan kontemporari yang membuatkan setiap hidangan terasa lebih istimewa.
Bagi anda yang menghargai cita rasa autentik dalam setting moden, enam restoran pilihan ini wajib anda cuba. Dari karya ikonik Chef Wan di De.Wan 1958 hingga konsep tropika urban Cili Kampung, inilah destinasi eksklusif untuk menikmati restoran Malaysia dengan aura GLAM, di mana setiap kunjungan pasti meninggalkan kenangan indah.
De.Wan 1958 by Chef Wan

Kredit foto: Instagram De’ Wan
Restoran ikonik ini lahir daripada visi Chef Wan untuk membawa masakan Melayu ke pentas dunia. Ruang dalaman yang berwarna-warni dengan elemen moden klasik menjadikan setiap kunjungan terasa istimewa. Hidangan seperti Kerabu Pomelo dengan Crispy Prawn Cheeks serta Udang Harimau Gulai Lemak Nenas menjadi kegemaran ramai kerana mengekalkan rasa autentik dengan persembahan elegan. De.Wan juga sering dijadikan pilihan untuk majlis keraian, menjadikannya destinasi sempurna bagi mereka yang mahu menikmati masakan tradisi dalam suasana eksklusif. Kini, restoran ini terdapat beberapa buah cawangan termasuk di The LINC KL, Taman Tun Dr. Ismail dan IOI Mall Putrajaya.
-
Alamat: Lot 2-2, Level 2, The LINC KL, No.360, Jalan Tun Razak, Taman U Thant, Kuala Lumpur
-
Telefon / Tempahan: +603-7890 6016
-
Instagram: @dewan1958bychefwan
OpenHouse – restoran Malaysia rasa autentik

Kredit foto: Instagram OpenHouse
OpenHouse tampil dengan konsep “modern heritage dining” yang unik. Ruang restorannya menggabungkan elemen moden dan warisan, mewujudkan aura mewah yang tetap terasa mesra. Antara menu yang wajib dicuba termasuk Venison Rendang Minang dan River Lobster Tempoyak, yang menghadirkan semula rasa klasik dengan sentuhan premium. Restoran ini juga terkenal dengan koleksi minuman tradisional yang diinovasi semula, menjadikannya lokasi pilihan untuk makan malam santai atau acara bergaya.
-
Alamat: Conlay (2, Jalan Stonor, Kuala Lumpur) & Suria KLCC Lakeside
-
Telefon / Tempahan: +6019-299 0032 (Conlay) / +603-2162 0888 (KLCC)
-
Instagram: @openhousemy
Bijan Bar & Restaurant

Kredit foto: Instagram Bijan Bar
Bijan sudah lama dikenali sebagai destinasi fine dining masakan Melayu. Restoran Malaysia rasa masakan Melayu kampung ini terletak di kawasan Bukit Ceylon yang tenang, restoran ini menawarkan suasana romantis dengan pencahayaan redup dan dekorasi elegan. Menu andalannya seperti Rusuk Panggang serta Masak Lemak Udang dengan Nenas sentiasa menjadi pilihan utama pengunjung tetap. Bukan sekadar restoran, Bijan sering dijadikan destinasi perayaan istimewa kerana ia berjaya menyatukan keaslian rasa Melayu dengan pengalaman makan penuh kelas.
-
Alamat: No. 3, Jalan Ceylon, Bukit Ceylon, 50200 Kuala Lumpur
-
Telefon / Tempahan: +603-2031 6568
-
Instagram: @bijankl
White & Black Kampong Heritage

Kredit foto: White & Black Kampong Heritage
White & Black Kampong Heritage mengangkat nostalgia kampung ke pentas moden. Restoran Malaysia rasa kampung ini terletak di bangunan klasik di Chow Kit, dekorasinya menggabungkan nuansa tradisional dengan gaya urban yang sofistikated. Menu seperti Daging Salai Masak Lemak dan Siakap Sambal Petai mengingatkan pada hidangan rumah tetapi dipersembahkan dengan lebih rapi. Suasananya sesuai untuk keluarga, kumpulan sahabat, atau sesi makan malam kasual yang tetap punya aura eksklusif.
-
Alamat: 15, Jalan Kamunting, Chow Kit, Kuala Lumpur
-
Telefon / Tempahan: +6011-2392 7127
-
Instagram: @white_blackkampong
Restoran Rebung by Chef Ismail

Kredit foto: Rebung
Restoran Rebung, hasil gabungan Dato’ Chef Ismail dengan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, sudah lama dikenali sebagai syurga masakan Melayu. Buffetnya merangkumi lebih 90 jenis lauk, termasuk Asam Pedas Ikan Tenggiri, Daging Dendeng, dan Serawa Durian. Suasananya mesra keluarga, tetapi tetap mengekalkan standard tinggi dari segi rasa dan layanan. Rebung menjadi pilihan ramai kerana berjaya menggabungkan kehangatan kampung dengan reputasi seorang chef selebriti.
-
Alamat: Tingkat 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman, No.1 Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur
-
Telefon / Tempahan: +603-2276 3535
-
Instagram: @restoranrebung
Cili Kampung – restoran Malaysia rasa autentik

Kredit foto: Instagram Cili Kampung
Cili Kampung adalah restoran Malaysia, sebuah bintang baharu yang semakin mendapat perhatian dengan beberapa cawangan di pusat beli-belah utama. Suasana tropika moden yang berwarna ceria menawarkan pengalaman makan yang santai tetapi tetap mewah. Hidangan seperti Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Ayam Kampung Percik, dan Ikan Bakar Portugis menjadi tarikan utama. Restoran ini sering menjadi pilihan eksekutif muda dan keluarga urban yang mahu menikmati cita rasa kampung tanpa meninggalkan pusat kota. Lebih menarik, Cili Kampung juga terkenal sebagai lokasi “Instagrammable” kerana interiornya yang fotogenik.
-
HQ: Lot 1-1, Level 1, Work@Clearwater, Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur
-
Telefon / Tempahan: +6012-788 6302
-
Instagram: @cilikampungmy
Enam restoran ini membuktikan bahawa masakan Malaysia bukan sahaja masih relevan, tetapi mampu berdiri megah di pentas mewah. Ada yang meraikan resepi turun-temurun, ada yang bereksperimen dengan gaya moden, namun semua berakar pada rasa autentik yang dekat di hati rakyat Malaysia. Untuk anda yang ingin mencari pengalaman makan penuh gaya, inilah masa untuk menjelajah restoran Malaysia dengan aura eksklusif.
Artikel berkaitan: Restoran Jepun Terbaik Lembah Klang: Omakase & Teppanyaki Eksklusif
Farhana Fuad
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran dalam penulisan editorial dan strategi SEO, Farhana menerajui kandungan semasa dan gaya hidup.

