5 Tip Eratkan Hubungan Suami Isteri - Glam Malaysia
Hubungan Suami Isteri

5 Tip Eratkan Hubungan Suami Isteri

Setiap hubungan pasti ada dugaannya. Ayuh sama-sama kita ikut tip ini untuk menjaga serta mengeratkan lagi hubungan suami isteri. 

Seperti laut dan pantai yang mempunyai pasang surutnya, begitu juga dengan kehidupan kekeluargaan terutama sekali buat yang sudah berumah tangga. Bukan hari-hari perjalanannya indah, percayalah ada hari rumah berantakan bagai tiada hujungnya. Sebelum menjadi sesuatu yang bakal dikesali seumur hidup, GLAM kongsikan amalan dan tip untuk kekukuhan hubungan suami isteri. 

Tip Eratkan Hubungan Suami Isteri:

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

1) Ambil perhatian tentang pekara kecil

Tidak perlu melakukan sesuatu yang obvious semata-mata untuk menarik perhatian si dia. 

“Never underestimate the power of your actions. With one small gesture you can change a person’s life. For better or worse. God puts us all in each other’s lives to impact one another in some way.”

-Jane Wagner

Saat si suami pulang dari kerja, si isteri boleh meluangkan masa mengurut kakinya sambil berehat di depan kaca televisyen. Manakala si suami boleh tiba-tiba memeluknya dari belakang saat isteri sedang lagi mengemas rumah. Lihat si isteri sedang bertungkus-lumus mengangkat sampah dapur untuk di bawa keluar rumah, cepat-cepatlah sang suami bangun lantas membantu isterinya itu. Gestur kecil seperti ini sebenarnya banyak membantu mengeratkan lagi hubungan. Maka, ambil perhatian dan amalkanlah bersama.

See also
Hyun Bin Berkongsi Keterujaan Menjadi Bapa