Use your ← → (arrow) keys to browse
Puteri Ingrid Alexandra, Norway
Bapa Ingrid, Putera Mahkota Haakon merupakan satu-satunya anak lelaki Raja Harald V dan Permaisuri Sonja, dan menjadi pewaris takhta yang seterusnya walau mempunyai seorang kakak, Puteri Martha Louis.
Namun pada 1991, akta perwarisan digubal yang membenarkan cahaya mata sulung mewarisi takhta tanpa mengira jantina. Haakon berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai pewaris seterusnya dan Ingrid bakal mewarisi serta bergelar ratu suatu hari nanti.
Buat masa ini dia dilaporkan sedang mempelajari ilmu mengendalikan kapal terbang malah sanggup mengambil upah mencuci pinggan di sebuah restoran Itali ketika cuti musim panas demi mencari pengalaman, menurut Hola!.