Use your ← → (arrow) keys to browse
Brad Pitt & Angelina Jolie
Setelah sedekad menjalin hubungan dan mendirikan rumah tangga selama dua tahun, Angelina menfailkan perceraian terhadap Brad pada 2016. Kes ini tidak mengambil masa yang lama untuk selesai disebabkan Angelina memohon hak penjagaan tunggal terhadap enam anaknya kerana menganggap Brad tidak layak dek sikap panas baran dan isu penyalahgunaan dadah.
Pasangan ini kembali berhentam dua tahun kemudian apabila Brad dikatakan enggan membayar jumlah nafkah anak yang mencukupi. Tidak berdiam diri, jurucakap Brad menafikan dakwaan tersebut dan mendedahkan pelakon Ad Astra itu turut meminjamkan wang berjuta dolar kepada Angelina untuk membeli kediaman baru!