5 Kerabat Britain Yang Terselamat Daripada Cubaan Bunuh - Page 6 of 6 - Glam Malaysia
5 Kerabat Britain Yang Terselamat Daripada Cubaan Bunuh

5 Kerabat Britain Yang Terselamat Daripada Cubaan Bunuh

6 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ratu Elizabeth II

Monarki paling lama memerintah Britain ini pernah berdepan tiga cubaan bunuh sepanjang hidupnya. Pertama pada tahun 1970 di mana satu percubaan dibuat untuk merosakkan kereta api yang dinaikinya bersama Putera Philip dari Sydney ke Orange, New South Wales, Australia. Bagaimanapun suspek tidak berjaya ditangkap.

Kemudian sewaktu sambutan Trooping the Colour pada 1981, Marcus Sarjeant melepaskan tembakan ke arah Ratu sebelum memaklumkan dia mendapat inspirasi daripada pembunuhan penyanyi John Lennon pada 1980.

Ratu sekali lagi berdepan cubaan bunuh ketika melawat sebuah muzium di Dunedin, New Zealand pada 1981, hanya beberapa bulan selepas insiden Trooping the Colour.

Christopher John Lewis yang ketika itu berusia 17 tahun menunggu di bangunan berhampiran dan melepaskan tembakan ke arah Ratu sewaktu baginda melangkah keluar dari kenderaan. Dia ditangkap lapan hari kemudian sebelum dipenjarakan selama tiga tahun, termasuk beberapa tahun di unit psikiatri.

kerabat diraja

Foto: AP

 

Foto: Camera Press/Getty Images

See also
Atasi 'Mental Noise': Cara Wanita Moden Temui Ketenangan Dalam Kehidupan Seharian

 

Baca: Kenali 5 Kerabat Diraja Paling Kaya Di Dunia