5 Filem Terbaik Lakonan Henry Cavill - Glam Malaysia
5 Filem Terbaik Lakonan Henry Cavill

5 Filem Terbaik Lakonan Henry Cavill

Henry Cavill dikenali sebagai salah seorang bintang versatil dan terhebat dalam generasinya.

Pelakon Inggeris ini memulakan kerjaya lakonannya menerusi filem adaptasi The Count Of Monte Cristo (2002) dan I Capture The Castle (2003). Dia menggalas watak sampingan dalam beberapa siri televisyen termasuk The Inspector Lynley Mysteries (2002) dan Midsomer Murders (2003). Sejak itu Henry Cavill muncul dalam lebih banyak filem seperti Tristan & Isolde (2006), Stardust (2007) dan (2011).

Berikutan kejayaannya sebagai Superman, aktor kacak ini ditawarkan watak perisik dalam The Man From U.N.C.L.E. (2015) dan Mission: Impossible – Fallout (2018). Terbaharu, dia muncul dalam The Witcher (2013-2022) sebagai Geralt Of Rivia dan Enola Holmes (2020 & 2022) sebagai Sherlock Holmes.

Glam senaraikan beberapa filem hebat Henry Cavill menurut Rotten Tomatoes

 

5. Stardust (2007)

Skor Rotten Tomatoes: 77%

Sinopsos: Dalam usaha untuk memenangi hati wanita yang dicintainya, seorang lelaki (Charlie Cox) mengembara ke alam dongeng untuk mengutip bintang yang jatuh dari langit. Namun apa yang ditemuinya adalah seorang wanita (Claire Danes) yang memerlukan bantuan untuk diselamatkan.

See also
Suki Waterhouse Tayang Baby Bump, Robert Pattinson Bakal Jadi Bapa

Henry Cavill memainkan watak Humphrey dalam filem yang diadaptasi daripada novel Neil Gaiman dengan judul sama itu. Walaupun tidak membawa pembaharuan kepada dunia fantasi, para pengkritik filem berpendapat ia agak lucu dan menghiburkan.

Henry Cavill

 

 

4. I Capture The Castle (2003)

Skor Rotten Tomatoes: 78%

Sinopsis: Berlatarkan tahun 1930-an di England, gadis muda bernama Cassandra (Romola Garai) dan kakaknya Rose (Rose Byrne) bergelut untuk menyelamatkan keluarga daripada kemiskinan. Mereka membuat keputusan bahawa salah seorang perlu bertunang dengan jejaka dari keluarga berada bernama Simon Cotton (Henry Thomas).

Sebilangan besar pengkritik menyukainya dan berpendapat bahawa pesona, percintaan dan kesedihan berjaya dipaparkan dalam filem berinspirasikan buku Dodie Smith itu.

 

 

3. Enola Holmes (2020)

Skor Rotten Tomatoes: 91%

Sinopsis: Apabila Enola Holmes (Millie Bobby Brown) memutuskan untuk mencari ibunya yang hilang, dia tahu dia perlu melakukannya sendirian tanpa pengetahuan kedua abangnya, Sherlock Holmes (Henry Cavill) dan Mycroft Holmes (Sam Claflin).

Secara keseluruhan, pengkritik menikmati persembahan Millie Bobby Brown dan kebijaksanaan yang ditonjolkan dalam filem itu.

See also
10 Filem Hebat Lakonan Barry Keoghan

henry cavill

 

 

2. Enola Holmes 2 (2022)

Skor Rotten Tomatoes: 94%

Sinopsis: Enola Holmes (Millie Bobby Brown), kini bergelar detektif profesional perlu menangani kes kehilangan seorang gadis yang merungkai misteri lebih besar daripada jangkaannya. Sekuel ini meraih pujian hebat daripada para pengkritik dan penonton.

 

 

1. Mission: Impossible – Fallout (2018)

Skor Rotten Tomatoes: 97%

Sinopsis: Dalam sekuel keenam francais Mission Impossible ini, Ethan Hunt (Tom Cruise) dan pasukannya bergabung dengan pembunuh CIA bernama August Walker (Henry Cavill) untuk mencegah serangan nuklear.

Dengan skor hampir sempurna, filem ini dipuji kerana menampilkan aksi berimpak tinggi, kesan khas praktikal dan prestasi Tom Cruise yang mengagumkan.

Henry Cavill

 

Foto: Men’s Journal

Baca: 5 Filem Terbaik Lakonan Margot Robbie Selain Barbie